03
Mar
08

cite lawak.

Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri  : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri  : Buku bank abanglah..
==============================

Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????
==============================

Cerita 3

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya  kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ……
============================

Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

 Cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu.Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat

Posmen: “Assalamualaikum”
En. Sameon: “Walaikumsalam”
Posmen: “Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: “Ya saya”
Posmen: “Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni”
En. Sameon: “Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?!!”
Posmen: “Betul jugak yer!???”

Cerita 7

Orang Asli Dan Polis

Orang asli : selamat pagi tuan
Polis        : “Selamat pagi”
Polis        : “Apa hal?”
Orang asli : “Saya nak buat repot tuan”
Polis        : “Fasal apa tu?”
Orang asli : “Kawan saya di baham harimau”
Polis        : “Pukul berapa?”
Orang asli : “Dia tak pukul, terkam “
Polis        :”Habis?…”
Orang asli : “Tak habis, tinggal kepala..”

Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”“Dah tentu, ” jawab doktor.

“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 9

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah
dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Cerita 10

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk
menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.“Atok buat apa tu?”.“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawab atoknya.Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”========================================Cerita 11Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.Polis : “Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?”
Penjaga : “Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.”
Polis : “Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?”
Penjaga : “Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!”

xxxxxxxxxxxxxxxxSEMOGA TERHIBUR!xxxxxxxxxxxxxxxxxxx


0 Responses to “cite lawak.”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


 

March 2008
M T W T F S S
     
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Top Posts

  • None

Recent Comments

Recent Posts


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.